RAWATAN ORTODONTIK

Single Post Thumbnail

Ortodontik adalah rawatan pergigian yang memperbaiki kedudukan gigi dan rahang yang tidak tepat. Rawatan ortodontik membantu anda mendapatkan mulut yang lebih sihat, penampilan yang lebih menarik, dan gigi yang lebih kekal seumur hidup.

BILAKAH RAWATAN ORTODONTIK DIPERLUKAN?

Kesihatan mulut anda dinilai dengan menggunakan alat diagnostik yang merangkumi sejarah kesihatan dan pergigian yang lengkap, ujian klinikal, model plaster gigi anda, dan sinar-X serta fotografi khas untuk mengesahkan sama ada ortodontik diperlukan dan merangka pelan rawatan untuk anda.

Setiap gigi mempunyai posisi ideal di dalam mulut untuk fungsi pergigian yang baik dan estetik.berikut adalah antara contoh susunan pergigian yang sejajar dan ideal:

  • Susunan gigi yang normal 
  • Garis senyuman yang normal
Normal Occlusion
View
Open Bite
View
Normal smile line
View
Deep overbite
View
Flat smile line
View
Increased overjet
View
Dental Crowding
View
Reverse overjet (underbite)
View
Spacing
View
Bidental protrusion
View
Garisan Senyum Rata (Flat Smile Line)

Garisan senyuman merupakan garisan dari hujung gigi kacip maksilari dan sejajar dengan lengkungan bawah bibir. Apabila ianya rata ia akan merosakkan kecantikan senyuman anda.

Gigi Jarang (Spacing)

Gigi Jarang ialah masalah jurang antara gigi. Selalunya terjadi apabila gigi bersaiz lebih kecil berbanding ruang yang ada.

Gigi Sesak (Crowding)

Gigi sesak berlaku apabila saiz gigi dan rahang bercanggah dan menyebabkan barisan gigi tidak sejajar. Gigi yang terlalu besar, rahang kecil atau kombinasi keduanya adalah sebab berlakunya gigi sesak.

Gigitan Terbuka (Open Bite)

Jenis maloklusi ini tidak mempunyai tindihan menegak atau sentuhan antara gigi kacip atas dan bawah.

Gigitan ke dalam (Deep Bite or Deep Overbite)

Ini berlaku apabila gigi Kacip Mandibular bertindih menegak secara keterlaluan dengan gigi kacip maksilari di susunan tengah.

‘Increased Overjet’

Keadaan di mana gigi depan atas menonjol ke hadapan di atas gigi bawah dan rapat ke bibir. Ianya juga dikenali sebagai keadaan ‘jongang’.

‘Reverse Overjet’

Reverse overjet’ ialah keadaan hujung gigi bawah yang lebih ke hadapan menghalang bahagian gigi atas.

Tonjolan bidental (Bidental Protrusion)
Keadaan ini terjadi apabila gigi atas dan bawah menonjol dan menyebabkan bibir ikut menonjol sama.

 

Schedule Your Appointment