Venir merupakan porselin nipis yang digunakan untuk membentuk semula rupa gigi, dan memberikan kekuatan serta daya tahan yang setanding dengan enamel gigi semula jadi. Ia direkabentuk mengikut kontur gigi dan dilekat kepada enamel asal gigi.
Venir adalah pilihan mampu milik bagi menutup gigi yang sumbing, bewarna atau tidak rata. Ia juga merupakan pilihan yang lebih selesa berbanding dengan korona atau pendakap. Venir perlu diganti selepas satu jangka masa. Tetapi dengan penjagaan kebersihan mulut yang betul, ia akan membantu venir bertahan lebih lama.
Luminer sangat nipis dan lutsinar, ianya replika yang hampir sempurna kepada enamel gigi serta tidak memerlukan gigi dikikis seperti proses venir. Disamping itu, proses Luminer tidak menyakitkan dan selepas prosedur selesai, anda akan terus merasa selesa dan gigi kelihatan seperti semulajadi tanpa sensitiviti.