PENAMPALAN GIGI
Tampalan gigi ialah salah satu cara untuk mengembalikan keadaan gigi yang rosak, retak atau pecah kepada fungsi dan rupa asalnya. Bahagian gigi yang telah rosak akan dibuang serta dibersihkan dan kaviti gigi yang bersih tersebut akan ditampal.
Penampalan gigi adalah pilihan yang baik kerana ianya boleh disesuaikan dengan struktur gigi berdekatan. Ini akan memberikan penampilan semulajadi dan kesan penampalan tidak dapat dikesan.
APAKAH BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK PENAMPALAN?
Bahan yang digunakan untuk penampalan adalah emas, porselin, resin komposit dan lain-lain. Walaubagaimanapun, sebagai klinik bebas merkuri kami tidak menggunakan amalgam untuk mengelakkan keracunan merkuri kepada pesakit.
Orthodontic Treatment